Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

PI Sibuti telah menyertai Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020 yang telah diadakan secara atas talian. Bengkel ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada para MIV berkenaan aktiviti yang boleh dilaksanakan mereka bersama komuniti setempat. Selain itu, peserta MIV juga telah mendengar taklimat ringkas dan tayangan video berkenaan modul “Klik Dengan Bijak” serta “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”.

Seramai tiga orang peserta MIV yang menyertai bengkel ini termasuk pengurus dan penolong pengurus pusat internet. Bengkel ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada 10.30 pagi dan tamat pada 12.30 tengah hari. Bengkel ini diadakan di bilik latihan PIM Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali